QUILL CITY MALL RAYA KASIH & CINTA FATTAH AMIN & NUR FAZURA EXCLUSIVE "HERO SEORANG CINDERELLA" BOOK SIGNING CEREMONY

by - Sabtu, Jun 17, 2017

Sabtu, 17 Jun 2017

Bulan Ramadhan bulan mulia,
Syawal tiba dengan gembira,
Penuh Ikhlas Kasih & Cinta,
Tangan ku hulurkan maaf dipinta.

Kasih & Cinta Quill City Mall KL "Love Locks"
Pemberian Duit Raya untuk Anak-anak Yatim
Rumah Shifa Setapak dan Rumah Bakti NurShaheera
"LOVE & GIVING"
 
Menandatangani Autograf Novel "Hero Seorang Cinderella"
Di Quill City Mall Kuala Lumpur membeli-belah,
Membeli novel Hero Seorang Cinderella,
Aidilfitri ini sangat lah meriah,
Tidak bersudah ditemani idola.

Assalamualaikum.... hai..hai...hai... chewah, berpantun pulak Cheq Sempoi ye? mana taknya Cheq Sempoi happy sangat, ni kali kedua Cheq Sempoi diundang bersama idola popular Malaysia 2017. Kali ni bukan saja Fattah Amin hadir tapi Heroin Hero Seorang Cinderella juga datang.. Siapa lagi Nur Fazura. Semakin hari semakin penuh sesak Komplek Quill City Mall Kuala Lumpur dengan pengunjung yang datang seronok tengok sebab kalangan pengunjung dan pelanggan mengambil peluang untuk berjumpa pasangan artis popular ni dengan lebih dekat. Selain itu walaupun hari yang tiada pasangan idola ini, mereka boleh mengabadikan "KASIH & CINTA LOVE LOCKS", Putera & Puteri Walkabout, Sampul Hari Raya dan Limited Edition Pillow sepanjang Ramadhan ini serta pelbagai aktiviti yang dijalankan untuk seisi keluarga di sini. Aktiviti dan Majlis berbuka puasa juga diraikan bersama anak-anak yatim dan asnaf dari Rumah Anak-anak Yatim Rumah Shifa dan Rumah Bakti NurShaheera. Bak kata pantun Dato' Ar. Michael Ong, Executive Director Quill City Mall KL. Tanggungjawab sosial tidak dilupakan Love and Giving.
Putera & Puteri Walkabout
Kasih & Cinta Love Locks
Kasih & Cinta Love Locks
Redemtion Hari Raya Packet & Limited Edition Pillow
Event Schedule
Hari ni sudah masuk 22 Ramadhan. Siapa lagi yang belum beli persiapan raya? Hemmm.. memang sesuai lah kalau Cheq Sempoi cadangkan shopping kat Quill City Mall KL sebab selesa sangat lagipun boleh dapatkan baju raya di ruang Artist Appearance jenama Fattah Amin dan lain-lain artis yang terlibat (ramai kalau nak sebut). Pada hari tersebut Cheq Sempoi berpeluang berbuka puasa dengan Fattah dan Fazura di Restoran Jepun. Restoran Aragan Yokocho yang menghidangkan masakan Jepun. Mula-mula tengok Cheq Sempoi rasa macam tekak tak boleh terima je.. ye la tak pernah makan makanan Jepun. Cheq Sempoi dan anak-anak disajikan set makan... tak tahu la nak sebut. Cuba lah tengok gambar yang Cheq Sempoi ada. Rupanya sedap terutama salmon dan Cool Mee. Jom jamu mata.
Anak-anak Cheq Sempoi bersama Owner Restoran Aragan Yokocho serta Fattah Amin
dan Nur Fazura sama-sama berbuka puasa
Makanan yang dihidang mengikut set yang disediakan






Muka-muka ceria menikmati hidangan berbuka puasa
Alhamdulillah kenyang Cheq Sempoi anak beranak makan dengan selera. Bagi siapa yang nak cuba makanan Negara lain boleh lah cuba Restoran ni suasana macam di Negara Jepun je rasa. Satu hari bersama dengan idola rasa sekejap je masa berlalu. Jom tengok lagi gambar sekitar aktiviti hari tu. Sebelum tu Cheq Sempoi nak masukkan 2 pantun dari Dato' Ar. Michael Ong yang sangat menarik susun atur ayatnya.

Monorel berhenti di Medan Tuanku,
Singgah di Quill City Mall KL membeli kelengkapan,
Sambil menunggu tandatangan buku,
Adik-adik bersama kita meraikan.

Hero Seorang Cinderella dinantikan,
Fattah & Fazura kini bergandingan,
Kasih & Cinta bersama dicurahkan,
Tanggungjawab sosial tidak dilupakan.






Diwawancara Media Tempatan
Macam mana sporting tak Dato'? oleh itu jom kita beramai-ramai shopping sambil menyertai aktiviti yang ada sambil santai-santai di Quill City Mall KL sepanjang Ramadhan hingga 9 Julai 2017. Untuk pengetahuan semua pengunjung letak kereta percuma disediakan selepas jam 5 petang dan seterusnya pada hari bekerja manakala kadar rata RM3 pada hujung minggu. 

Untuk keterangan lanjut :


Facebook : quillcitymallkl




You May Also Like

1 PEMBERI ULASAN