[Konsert] Metal Legends Cromok & XPDC Live In Concert

by - Isnin, Januari 29, 2018



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada sidang akhbar di Maeps Serdang, 25.01.2018. Cheq Sempoi berpeluang bersama rakan bloggers dan rakan media yang lain telah diberi peluang oleh Malaysia Tourism Council (MTC) dan MAEPs dalam menghadiri satu sesi media untuk Metal Legends Live In Concert di antara Kumpulan Cromok dan XPDC. Pertemuan berlangsung di Restoran Goat2Go Farm.



Untuk makluman semua peminat. Pada 03.02.2018 satu konsert heavy metal bakal menggegarkan MAEPS, Serdang. Metal Legends Live In Concert yang menggabungkan band heavy metal popular Malaysia iaitu Official XPDC dan Cromok pastinya dinanti-nantikan peminat tegar kedua-dua band ini. Buat kali pertama, dua kumpulan rock lagenda tempatan, XPDC dan Cromok akan berkongsi pentas menerusi konsert Metal Legends Live In Concert yang akan diadakan di Door 2, Maeps, Serdang pada 3 Februari 2018 bermula pukul 8.30 malam.


KUMPULAN CROMOK

Cromok adalah kumpulan yang dianggap sebagai perintis muzik thrash metal tempatan dan kini sudah 31 tahun berada dalam industri muzik. Dianggotai oleh Sam selaku pemain bes dan vokal, Karl (gitar) dan Miji (dram) Cromok cukup dikenali dengan lagu mereka seperti Another You, I Do Not Belong Here, Misty dan Memories. Menurut Karl, mereka menganggap konsert ini dapat mengubati kerinduan peminat terhadap muzik Cromok.

“Dah lama kami tidak beraksi di konsert. Jadi, menerusi konsert ini, bukan kami sahaja yang dapat mengubati kerinduan untuk beraksi tetapi peminat juga dapat sama-sama mengenang kembali memori lama mereka bersama Cromok,” katanya.


Kelainan yang ditonjolkan kali ini, Mr. Danny Kaleda iaitu pengurus asal Cromok akan diterbangkan khas dari Australia untuk turut sama menyaksikan konsert ini. Beliau merupakan individu penting dan tulang belakang dalam penubuhan awal Cromok bermula di Australia sehingga "Hot Metal Magazine" Australia telah menobatkan gelaran "The Best Heavy Metal Band" di Sydney pada tahun 1990. Beliau juga adalah pengasas rekod label Vampire Records dan memiliki Stesen radio sendiri yang bertapak di Australia.



KUMPULAN XPDC

Sementara itu, kumpulan XPDC yang sudah beraksi selama 28 tahun dalam industri seni tempatan sempat menyatakan keterujaan mereka untuk beraksi bersama dengan Cromok.

“Pastinya XPDC akan memberi persembahan terbaik untuk konsert ini. Kami sendiri tidak sabar untuk beraksi bersama-sama dengan Cromok,” kata Zuar yang juga merupakan pemain bes kumpulan XPDC.

Selain Zuar, XPDC yang juga dikenali dengan gelaran King of Stage ini turut dianggotai oleh Mael selaku vokalis, Jeff (gitar) dan Amy (dram). Bukan sahaja XPDC dan Cromok sahaja yang akan menjadi tumpulan pada malam itu, sebaliknya konsert malam itu turut menampilkan sistem bunyi yang cukup mantap dengan penggunaan sejumlah 64 Subbass.
Konsert ini juga menelan kos sebanyak lebih RM500,000. Konsep untuk konsert pada malam itu direka oleh Karl Cromok yang pastinya akan membuat penonton terbang dalam arena muzik metal kedua-dua kumpulan.



GANJARAN DAN AKTIVITI BUAT PEMINAT YANG HADIR

Peminat yang bertuah juga berpeluang memenangi Gitar Ibanez GRX70QA tajaan Joe Savana Gamma Rock House menerusi sesi cabutan bertuah yang akan diadakan di akhir konsert ini. Jualan cenderahati XPDC dan Cromok juga menanti peminat seperti t-shirt, CD/VCD, pick gitar dan juga poster yang boleh dijadikan sebagai tanda ingatan.

Peminat juga akan disajikan dengan aktiviti-aktiviti menarik seperti persembahan busking di pintu masuk sementara menunggu konsert bermula dari jam 12.00 tengahari hingga 7.00 malam. Penganjur berharap peminat-peminat tegar Cromok dan XPDC menjaga etika juga disiplin dan mematuhi segala syarat-syarat yang telah ditetapkan sepanjang konsert berlangsung bagi memastikan ianya berjalan dengan lancar dan jayanya. 



PEMBELIAN TIKET MASUK

Tiket sudah mula dijual di www.ilassoticket.com dengan harga bermula RM68 (trash zone), RM120 (hardcore zone) dan RM250 (vip & backstage zone). Tiket-tiket juga dijual di XPDC Kita Peng Yu Shop (Uptown Kota Damansara) dan XPDC Bundle & Alteration Jeans (Kajang).

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

Bro Yazid XPDC – 011 35030241

Dreamstage – 017 2630437

Atau lawat laman web di :

You May Also Like

2 PEMBERI ULASAN

  1. Konsert heavy metal yang mantap gabungan 2 lagenda idaman ramai... Sama-sama kita saksikan 2 lagenda ini berganding tenaga di pentas Sabtu malam nanti

    BalasPadam
  2. Wah otai tu.. Dua kumpulan yang ohsem..

    BalasPadam