Baju Raya Di Butik Haqqi Memenuhi Citarasa Masa Kini Pakaian Patuh Syariah

by - Selasa, Mei 29, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

menerusi firman Allah s.w.t., "Katakanlah kepada wanita-wanita beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudungnya hingga ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya". (an-Nur: 31)
Kredit gambar by FB Haqqi


Apabila membicarakan tentang menutup aurat, ia bukan sahaja berkait dengan wanita. Lelaki juga harus mengambil berat mengenai perkara ini. Walaupun aurat lelaki dari pusat hingga ke lutut, ia tidak bermakna lelaki muslim boleh berpakaian sesuka hati seperti berseluar pendek dan tidak berbaju. Mereka harus berpakaian sopan agar menepati budaya orang Islam. Selain daripada mengeluarkan hab produk kelengkapan ibadah haji, umrah dan fesyen patuh syariah. 

Kurta Antara fesyen pakaian lelaki yang menarik pilihan dan cantik di Butik Haqqi.
Haqqi, jenama fesyen Muslimah terbaru di Malaysia mengetengahkan fesyen mengikut cita rasa moden dan terbaru serta mampu menutup aurat mengikut patuh syariah. Sekali lagi Cheq Sempoi berpeluang ke Butik Haqqi, dan kali ini Butik Haqqi Cawangan TTDI (Taman Tun Dr. Ismail), berhadapan dengan Plaza TTDI satu kawasan yang dikatakan agak elite (kaya).

Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sekejap saja masa berlalu kan?? anda semua dah beli baju raya ke? Atau anda dah boring dengan fesyen raya yang sedia ada dan tak tahu nak cari fesyen terkini dan lebih islamik? Jawapannya adalah di HAQQICheq Sempoi berpeluang lagi bershopping sakan di Haqqi Cawangan TTDI. Haqqi merupakan hab untuk produk kelengkapan ibadah haji, umrah dan fesyen islamik yang mematuhi syariah.


Pintu Depan Masuk Butik Haqqi TTDI
Sebaik saja melangkah masuk ke Haqqi TTDI Cheq Sempoi terpegun dengan koleksi fesyen islamik yang terkini serta menepati citarasa semua... tak kira yang muda, tua dan untuk kanak-kanak pun ada. Memang Haqqi lah butik yang memenuhi citarasa semua peringkat usia. Paling istimewanya Butik Haqqi telah menampilkan tujuh jenama fesyen terkemuka seperti Owl By Nora Danish, Dara By Fathia Latiff, El by Elfira Loy, Nur Sajat dan Izzuexclusive dari kalangan selebriti terkenal tanahair.


Cheq Sempoi Shopping Sakan dengan harga yang Woww!!!! Sangat murah tapi tinggi kualiti kainnya
Koleksi Raya Haqqi TTDI Mengikut Trend Fesyen Terkini

Memang rambang mata bila bershopping di Haqqi TTDI, baju Kurung Moden yang berlace nampak menarik, elegen walaup.un ringkas. Sesuai untuk digayakan diapa jua majlis dan situasi tak tahu mana satu menjadi pilihan hati. Setiap koleksi yang ada di Haqqi adalah daripada fabrik yang berkualiti dan selesa dipakai. Malah yang penting ia tidak menjolok mata walaupun setiap koleksinya mengikut trend fesyen terkini yang penting ia adalah fesyen islamik patuh syariah. 





Kredit gambar by FB Haqqi

Baju kurung Cyra | datang dengan 4 pilihan warna tona pastel. Dilengkapi dengan ‘beading’ di baju menyerlahkan si pemakai dan material yang sejuk memberikan keselesaan pada si pemakai walaupun pada cuaca panas.





Kredit gambar by FB Haqqi

Dress Haydeena | datang dengan 5 warna pilihan. Sesuai untuk yang mementingkan imej sopan dan tampil bergaya.

Terdapat juga Shawl dengan pelbagai corak dan warna yang memukau sesiapa yang memandangnya. Warna memainkan peranan penting dalam mempamerkan semangat Hari Raya dan dengan pemilihan warna putih kapur, Fuchsia, mint dan warna pastel lain akan menjadikan koleksi baju Haqqi tenang dan menarik.

Haqqi Sebagai Peneraju Dan Cawangan-Cawangan Butik Haqqi Yang Berhampiran Anda

Haqqi sebagai peneraju dan hab bagi kelengkapan ibadah haji serta umrah mampu milik yang terbesar di negara ini telah dibangunkan bersama Koperasi Tabung Haji Berhad (KTHB) dengan Glass Go Media selaku rakan niaga dan pakar teknologi maklumat yang menggunakan platform www.haqqi.com.my.





Setelah rambang mata membuat pilihan, Cheq Sempoi akhirnya, Jubah Maroon ni menjadi pilihan dan milik Cheq Sempoi. Cantik kena sangat dengan badan yang agak bam.. bam.. ni. Selesanyaaaa..... kainnya terbaik sangat. 

Butik Haqqi adalah satu-satunya butik fesyen islamik yang membolehkan pengguna kini membuat pembelian keperluan ibadah dan fesyen pakaian dengan lebih mudah dan di hujung jari melalui telefon bimbit, tablet mahupun komputer di mana-mana lokasi dan pada bila-bila masa. Atau ke Cawangan-cawangan berhampiran dengan anda.

Butik Haqqi Shah Alam (HQ)
13 Jalan Plumbum S7/S, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor
No. Tel : 03-55234798
(Berdekatan Jakel Shah Alam)



Butik Haqqi Bangi 

B-23-01, Jalan Medan Pusat Bandar 7A, 

Bangi Sentral, 

43650 Bandar Baru Bangi, 

Selangor  

No. Tel: 03-8912 1542 
(Belakang Kompleks PKNS)

Butik Haqqi TTDI
No 14, Jalan Wan Kadir 4, 
Taman Tun Dr Ismail, 
60000 Kuala Lumpur  
No. tel: 03-77322247
(Sebelah Butik Nealofa)

Butik Haqqi Terengganu
Pt 35341, Tingkat Bawah, 
Dataran Austin, Jalan Tembusu 2, 
Wakaf Tembusu, 
21300 Kuala Terengganu, 
Terengganu  
No. Tel: 09-6627367
(berdekatan Jakel Terengganu)

Haqqi Brunei 
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex, 
Brunei Darussalam.

Atau Layari sosial media di bawah :

Laman web : 



You May Also Like

0 PEMBERI ULASAN