• Home
  • About
  • Contact
  • lifestyle
  • foods
  • filem
  • education
  • PARENTING
  • sitemap
  • PRIVACY

Cheq Sempoi



Remy Ishak - Pelakon
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bertempat di Kawasan Rehat dan Rawat Seremban (Arah Selatan) pada 13 Februari 2018 yang lalu. Cheq Sempoi telah mengikuti satu program yang dinamakan Creating Awareness Sharing Nation's Prosperity yang merupakan usaha LHDNM (Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia) dalam mendekati pembayar cukai dan memberikan kesedaran mengenai kepentingan cukai pendapatan kepada pembangunan Negara kita.



PENGENALAN TENTANG CUKAI DAN SEBAB KENAPA PERLU MEMBAYAR CUKAI???

Sistem percukaian bukan satu perkara asing dalam sejarah dan peradaban manusia. Sejak zaman awal tamadun manusia lagi, cukai dibayar dalam bentuk barangan seperti gandum, beras, gula atau haiwan ternakan. Selepas itu barulah mata wang diperkenalkan.

Secara ringkasnya, cukai ialah kunci kepada pentadbiran Negara yang berkesan dan kita tidak akan dapat lari darinya. Namun, sebelum kita boleh menerima cukai dengan hati yang terbuka, seseorang itu perlu lah paham bagaimana dan kenapa cukai digunapakai oleh sesebuah Negara. Jika kita gagal memperoleh kutipan cukai dengan baik, Negara akan berhadapan masalah ekonomi yang serius, sekali gus tidak dapat menyediakan kemudahan serta perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Antara tanggungjawab Kerajaan yang memerlukan pendapatan dari cukai, ialah membina sekolah sebagai tempat untuk mendidik anak-anak bangsa kita. Cuba kita bayangkan dimanakah kita sekarang, jika Kerajaan mengabaikan tanggungjawab ini???.


Program Creating Awareness Sharing Nation's Prosperity Adalah Tema dan Salah Satu Usaha LHDN 'Turun Padang'

Salah satu langkah yang diambil oleh LHDN adalah dengan mengadakan program yang sebegini. Program ini berlangsung selama dua hari di dua lokasi iaitu R&R Seremban (arah Selatan) dan R&R Tapah (arah Utara) sempena perjalanan balik kampung meraikan Tahun Baru Cina pada 16 dan 17 Feb 2018.

Pihak LHDN mendekati pembayar cukai dengan lebih dekat dan pembayar cukai mengambil peluang mendapatkan maklumat serta khidmat nasihat mengenai cukai pendapatan dari kaunter perkhidmatan bergerak yang LHDN sediakan. Ini membuktikan pihak LHDN sebuah agensi Kerajaan yang prihatin dan 'caring organisation' terhadap masyarakat dengan cara 'turun padang'.


Artis turut memberi kerjasama serta sokongan dalam menjayakan program tersebut. Ini menunjukkan golongan artis juga turut sama-sama menyokong bahawa cukai adalah merupakan 'asset community' yang penting dalam memastikan kesejahteraan Negara. Artis turut berperanan mengedarkan goodies bag kepada pengunjung yang keluar masuk kawasan R&R. Antara artis yang terlibat adalah : 
๐Ÿ“Œ Dato' Fizz Fairuz (pelakon)
๐Ÿ“Œ Remy Ishak (pelakon)
๐Ÿ“Œ Elizabeth Tan (penyanyi)
๐Ÿ“Œ Ippo Hafiz (penyanyi & pelakon)


Sasaran pengunjung adalah tinggi kerana kebanyakannya menggunakan lebuhraya merupakan pembayar cukai dan bakal pembayar cukai akan didekati dan mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh LHDN.

BERSAMA-SAMA BERGANDING BAHU MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB ANDA DALAM KESEJAHTERAAN NEGARA TERCINTA

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Laman website : http://www.hasil.gov.my

FB: https: LHDN-MALAYSIA

IG : https://www.instagram.com/lhdnm/
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Older Posts

Senarai Blog Saya

  • Rina Zul
    Ketahui Siapa Bakal Pemandu Anda

Senarai Blog Saya

  • rinazul.com

MRS ROHANI (CHEQ SEMPOI)

kak Ani

Nama Rohani Md Tahir. Just panggil Cheq Sempoi. Asal Penang mari.. Menetap di KL. Mempunyai 3 cahaya mata. Blog dan Cheq tak dapat dipisahkan kini. Ikuti seterusnya di perkongsian blog Cheq. Untuk sebarang kerjasama boleh hubungi di : nurmusafiqani12@gmail.com


Search Here

Total Pageviews

ads

followers

Popular Posts

  • Sue Melati Beauty | Make up Artis Malaysia | Dengan Kecantikan Natural Kelembutan Semulajadi
    Kredit gambar : FB Sue Melati Beauty Assalamualaikum dan salam sejahtera... Baru-baru ini Cheq Sempoi berpeluang menghadiri dan bel...
  • VISIBER RECOGNITION 2017, GENO HOTEL, SHAH ALAM
    Jumaat, 16 Jun 2017 CELEBRATION VISIBER  ANNUAL RECOGNATION 2017 Assalamualaikum... dan salam sayang buat semua.  Hari ni C...
  • Terbaru ~ Kecantikan Seorang Wanita Bermula Dengan Safi Dermasafe Jenama Halal No. 1 Malaysia
    Assalamualaikum pembuka bicara,  kali ini kita berpantun pula, khas untuk semua wanita di luar sana,  istimewa kepada semua wa...
  • [Sebab-Sebab Utama] Wajib Ada Insurans/ Takaful Sebagai Langkah Bijak Dalam Pengurusan Kewangan Dan Perlindungan Serta Satu-Satunya Harta Peninggalan Untuk Anak-Anak Kita
    15 sebab utama wajib mempunyai Insurans/ Takaful sebagai perlindungan. Orang yang bijak dalam pengurusan kewangan mesti mengambil s...
  • DATUMCORP LANCAR KEMPEN #DATUMHOMESFORALL" PEMAJU PERTAMA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOCIAL KORPORAT
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... ๐Ÿ“ท Media Selangor Baru-baru ini | 6 Oktober 2018 Cheq Sempoi berpeluang menghadiri satu ma...
  • Ucapkan Dengan Bunga | Meluahkan Sebuah Kasih Sayang Teragung | Yang Membahagiakan
    Assalamualaikum dan salam sejahtera.. MANUSIA merupakan makhluk yang sempurna, dibekalkan dengan akal, nafsu, dan segala perasaan di ha...
  • MEMAHAMI SERTA MEMILIKI SKIM PERLINDUNGAN INSURANS DAN TAKAFUL
    Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda, atau sebuah organisasi, seperti syarikat anda, kepada syarika...
  • DOMINO'S PIZZA | BELI 1 PERCUMA 1 | PROMOSI TAHUN 2018
    Promosi!!! Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Baru-baru ini Cheq Sempoi berpeluang ke salah satu cawangan rangkaian Domino...
  • BUFFET RAMADHAN PILIHAN SEISI KELUARGA (SANTAI & OPEN AIR)
    ISNIN, 12 JUN 2017 Assalamualaikum dan salam sayang pada semua follower Cheq Sempoi. Dalam tidak sedar puasa kita dah masuk hari yang...
  • [ AWAS!!! ] DINOSAURS ALIVE ADA DITENGAH-TENGAH BANDAR RAYA KUALA LUMPUR
    Asalamualaikum dan salam sejahtera pada semua,  Apa khabar? terutama kepada adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan akhir tahun ti...

Blog Archieve

  • Januari (1)
  • September (1)
  • Ogos (2)
  • Mei (5)
  • Disember (4)
  • November (2)
  • Oktober (2)
  • September (1)
  • Ogos (4)
  • Julai (2)
  • Jun (5)
  • Mei (28)
  • April (7)
  • Mac (6)
  • Februari (8)
  • Januari (12)
  • Disember (11)
  • November (4)
  • Oktober (4)
  • September (6)
  • Ogos (7)
  • Julai (3)
  • Jun (9)
  • Mei (2)

blog list

Basic by ThemeXpose | Belongs To CHEQ SEMPOI