Program Creating Awareness Sharing Nation's Prosperity Usaha Murni & Prihatin LHDNM Terhadap Kesedaran Serta Kepentingan Cukai

by - Selasa, Februari 20, 2018

Remy Ishak - Pelakon
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bertempat di Kawasan Rehat dan Rawat Seremban (Arah Selatan) pada 13 Februari 2018 yang lalu. Cheq Sempoi telah mengikuti satu program yang dinamakan Creating Awareness Sharing Nation's Prosperity yang merupakan usaha LHDNM (Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia) dalam mendekati pembayar cukai dan memberikan kesedaran mengenai kepentingan cukai pendapatan kepada pembangunan Negara kita.



PENGENALAN TENTANG CUKAI DAN SEBAB KENAPA PERLU MEMBAYAR CUKAI???

Sistem percukaian bukan satu perkara asing dalam sejarah dan peradaban manusia. Sejak zaman awal tamadun manusia lagi, cukai dibayar dalam bentuk barangan seperti gandum, beras, gula atau haiwan ternakan. Selepas itu barulah mata wang diperkenalkan.

Secara ringkasnya, cukai ialah kunci kepada pentadbiran Negara yang berkesan dan kita tidak akan dapat lari darinya. Namun, sebelum kita boleh menerima cukai dengan hati yang terbuka, seseorang itu perlu lah paham bagaimana dan kenapa cukai digunapakai oleh sesebuah Negara. Jika kita gagal memperoleh kutipan cukai dengan baik, Negara akan berhadapan masalah ekonomi yang serius, sekali gus tidak dapat menyediakan kemudahan serta perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Antara tanggungjawab Kerajaan yang memerlukan pendapatan dari cukai, ialah membina sekolah sebagai tempat untuk mendidik anak-anak bangsa kita. Cuba kita bayangkan dimanakah kita sekarang, jika Kerajaan mengabaikan tanggungjawab ini???.


Program Creating Awareness Sharing Nation's Prosperity Adalah Tema dan Salah Satu Usaha LHDN 'Turun Padang'

Salah satu langkah yang diambil oleh LHDN adalah dengan mengadakan program yang sebegini. Program ini berlangsung selama dua hari di dua lokasi iaitu R&R Seremban (arah Selatan) dan R&R Tapah (arah Utara) sempena perjalanan balik kampung meraikan Tahun Baru Cina pada 16 dan 17 Feb 2018.

Pihak LHDN mendekati pembayar cukai dengan lebih dekat dan pembayar cukai mengambil peluang mendapatkan maklumat serta khidmat nasihat mengenai cukai pendapatan dari kaunter perkhidmatan bergerak yang LHDN sediakan. Ini membuktikan pihak LHDN sebuah agensi Kerajaan yang prihatin dan 'caring organisation' terhadap masyarakat dengan cara 'turun padang'.


Artis turut memberi kerjasama serta sokongan dalam menjayakan program tersebut. Ini menunjukkan golongan artis juga turut sama-sama menyokong bahawa cukai adalah merupakan 'asset community' yang penting dalam memastikan kesejahteraan Negara. Artis turut berperanan mengedarkan goodies bag kepada pengunjung yang keluar masuk kawasan R&R. Antara artis yang terlibat adalah : 
๐Ÿ“Œ Dato' Fizz Fairuz (pelakon)
๐Ÿ“Œ Remy Ishak (pelakon)
๐Ÿ“Œ Elizabeth Tan (penyanyi)
๐Ÿ“Œ Ippo Hafiz (penyanyi & pelakon)


Sasaran pengunjung adalah tinggi kerana kebanyakannya menggunakan lebuhraya merupakan pembayar cukai dan bakal pembayar cukai akan didekati dan mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh LHDN.

BERSAMA-SAMA BERGANDING BAHU MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB ANDA DALAM KESEJAHTERAAN NEGARA TERCINTA

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Laman website : http://www.hasil.gov.my

FB: https: LHDN-MALAYSIA

You May Also Like

0 PEMBERI ULASAN