[Kempen Jom Berzakat] Bayaran Zakat Menerusi Online Pada Bila-Bila Masa Dengan Mudah Dan Cepat

by - Rabu, Ogos 15, 2018

Assalamualaikum semua...



Sempena kita memasuki bulan Islam Zulhijjah bulan kerahmatan marilah sama-sama kita menghulurkan bantuan kepada insan-insan yang memerlukan. Dengan itu Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) melancarkan satu kempen khas bagi pembayar zakat melalui portal PPZ-MAIWP iaitu Jom Berzakat @ zakat.com.my yang berlangsung selama tiga bulan mulai 1 Ogos hingga 31 Oktober 2018.

Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff - Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP (tengah)

PELANCARAN KEMPEN JOM BERZAKAT | Portal PPZ-MAIWP merupakan salah satu saluran kemudahan bayaran zakat yang disediakan oleh PPZ-MAIWP untuk menggalakkan masyarakat umum menunaikan kewajipan berzakat bagi membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai asnaf. Melalui kemudahan portal ini, pembayar zakat boleh membuat bayaran menerusi online pada bila-bila masa dengan mudah dan cepat. Dengan kemudahan bayaran zakat dalam talian akan menggalakkan, lebih ramai umat Islam menunaikan kewajipan dan tanggungjawab berzakat.



Pihak PPZ-MAIWP menyasarkan 4,500 pembayar zakat baharu dengan nilai kutipan sebanyak RM2.5 juta melalui Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my untuk tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff berkata ;

"Berbanding tahun lepas, PPZ-MAIWP tanpa sebarang kempen telah menerima RM1.7 juta bayaran zakat daripada 3,360 pembayar bagi tempoh yang sama iaitu, Ogos hingga Oktober 2017. Kempen ini juga adalah untuk menggalakkan para peniaga dalam talian, syarikat sendirian berhad dan pekerja yang mempunyai majikan di Malaysia tetapi bekerja di luar negara". Katanya selepas merasmikan pelancaran kempen tersebut.
SeriGroup Global Sdn. Bhd

Bagi menggalakkan serta menghargai kewajipan berzakat kepada Pembayar-pembayar zakat baru atau lama dalam jangkamasa Kempen Jom Berzakat berpeluang memenangi 60 hadiah bernilai RM100 hingga RM1,200 (20 hadiah bagi setiap bulan) yang ditaja oleh SeriGroup Global Sdn Bhd dan akan disampaikan di Karnival Zakat pada 1 Disember 2018 akan datang.

Pihak PPZ-MAIW sentiasa mencari Penaja bagi setiap aktiviti yang dilakukan adalah bertujuan :
  • Sebagai satu galakan PPZ-MAIWP kepada pembayar zakat.
  • PPZ-MAIWP ingin membina hubungan dengan syarikat-syarikat. 
  • Disamping itu tidak timbul kekeliruan bahawa PPZ-MAIWP menggunakan duit zakat untuk memberi hadiah. 
  • Pentingnya pihak PPZ-MAIWP mendapatkan penaja untuk tujuan tersebut.


MAKLUMAT SYARAT DAN CARA PENYERTAAN KEMPEN :

๐Ÿ’ป Bayar zakat melalui portal PPZ-MAIWP

๐Ÿ“† Bermula 
1 Ogos 2018 sehingga 31 Oktober 2018



Orang ramai yang ingin membuat pembayaran zakat boleh ke kaunter PPZ-MAIWP atau melalui portal www.zakat.com.my atau di talian 1-300-88-5757

"PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat"

You May Also Like

1 PEMBERI ULASAN

  1. lepas ni dah takde alasan untuk tak membayar zakat. semoga makin byk bantuan utk asnaf di wilayah persekutuan nnt :)

    BalasPadam