[Video] Restoran Resepi Warisan Tok Kini Berwajah Baru Dengan Nama Restoran Sisik Ikan Bakar

by - Ahad, Ogos 04, 2019

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera. 
Hai, Cheq Sempoi here.. ๐Ÿ˜

Mari!!!, Kali ni Cheq Sempoi nak kongsi satu Restoran yang sangat awesome, ๐Ÿ˜˜ Restoran Sisik Ikan Bakar. Ha... Mesti hampa dengar je ikan bakar dah tentu hidangan yang sering menjadi pilihan ramai dan mesti hampa dah dapat bayangkan pula ikan bakar dimakan bersama air asam yang  cukup ramuannya yang tersendiri, sudah pasti hampa, kecur air liur dibuatnya kan?? ๐Ÿ˜‹



Pada awalnya restoran ini dikenali sebagai Restoran Resepi Warisan Tok. Namun, telah dijenamakan semula dengan nama Restoran Sisik Ikan Bakar yang lebih komersil Dan senang untuk pelanggan buat carian di sosial media. Restoran yang telah beroperasi sejak tahun 2014, menghidangkan pelbagai pilihan makanan Kampung dan antara menu yang sering mendapat permintaan ramai adalah menu Ikan Bakar serta Asam Pedas Melaka.

Resepi yang digunakan sebagai perapan ikan bakar merupakan ramuan asli dari Melaka dan ternyata ikan bakar yang terdapat di sini sangat berbeza dengan ikan bakar di restoran lain serta mempunyai keunikan yang tersendiri. Memandangkan ikan bakar menjadi menu utama di restoran ini, hanya Ikan Segar dan terbaik sahaja dijadikan ikan bakar di sini.

Para pelanggan boleh memilih pelbagai jenis ikan yang dibakar dengan rempah khas serta disirami dengan air asam dan dihidangkan semasa masih panas. Pemilik restoran telah mengolah sendiri resepi ikan bakar untuk dihidangkan kepada para pelanggan demi menjaga mutu serta menjaga kepuasan pelanggan yang datang.

Makan malam Cheq Sempoi dihidangkan dengan pelbagai jenis menu masakan dari pemilik restoran antaranya menu yang menjadi pilihan kegemaran Pelanggan bila berkunjung  datang adalah :



[Gulai Tempoyak] Adunan rempah ratus yang diilhamkan sendiri oleh pemilik restoran sememangnya menjadi kegilaan para Pelanggan. Kuah tempoyaknya yang pekat Dan likat sangat memikat selera. Superb!!! Sangattt ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ


Asam Pedas Telur Sotong
Asam Pedas Ikan Kembung

[Asam pedas Melaka] Ramuan asli dari Melaka dengan olahan tambahan dari pemilik. Kuah yang dihasilkan sangat terpelihara rasa keaslian dengan kuahnya yang pekat, likat serta cukup rasanya sering mendapat pujian pelanggan yang datang menjamu selera di sini. Asam pedas Melaka ini dihidangkan bersama pelbagai pilihan ikan, udang galah, sotong, telur sotong, ayam dan lain-lain serta dihidangkan panas-panas buat para Pelanggan. Sudah pasti, ia membuka selera para pelanggan yang sedang kelaparan. ๐Ÿ˜‚






[Nasi Lemak Sisik Buluh Perindu] Menu yang wajib Dan mesti anda cuba jika berkunjung ke restoran ini, sudah tentulah Nasi Lemak Sisik Buluh Perindu yang begitu berbeza. Beras yang di bungkus dengan daun pisang dan daun pandan kemudian di masukkan ke dalam buluh serta di kukus hingga masak. Bau haruman daun pisang, daun pandan dan buluh sangat memukau dan membuat kan anda tidak sabar untuk menjamu selera. ๐Ÿคค Nasi lemak ini boleh dimakan bersama lauk pauk pilihan yang disediakan seperti sambal udang galah petai, sambal sotong, rendang ayam dan juga paru berlada.










[Ikan Bakar Dan Sotong Bakar] Pelbagai jenis ikan segar yang ada. Bawal, patin, pari, dan lain-lain serta pelbagai jenis Makanan laut seperti sotong, telur sotong, udang galah, lala, kerang Dan macam-macam lagi. Menurut owner bahan-bahan mentah datang dari  pangkalan laut Kuala Selangor. Selain seafood yang boleh dihidangkan dari menu asam pedas, seafood juga boleh di minta bakar antara menu utama pilihan Pelanggan. Macam Cheq Sempoi memang suka sangat la dengan sotong bakar. Apa yang dapat di rasa memang puas hati dari ramuan rempah nya sangat sedap serta dicurahkan dengan Sambal atau air asam yang rasa pedas manis-manis sangat awesome!! Sampai menjilat jari la. 








[Steamboot] Kekadang anda mesti rasa jemu nak makan nasi? Jangan risau restoran Sisik juga ada menyediakan menu Steamboot. Antara yang ada pelbagai jenis bebola ikan dan seafood. Ada Cendawan, sayur-sayuran, tauhu kering, Ayam dan seafood seperti udang, ketam, sotong dan lain-lain lagi. Kuah yang disediakan tom yam dan sup sayur.


Udang Goreng Rangup + SOS Kicap
Tom Yam Seafood
Ikan Siakap Stim
Kepah Goreng Bercili
Pepahat Goreng Berlado
Lala 3 Rasa
Ikan Bawal Masak Masam Manis
Kangkong Goreng Belacan
Pelbagai Ulam-ulaman Segar
Ulam Cheq Sempoi Suka
[Pelbagai Menu Pilihan Lain] Selain itu juga, jika anda tidak mahu menikmati nasi lemak atau steamboat sebagai hidangan, anda boleh juga memilih pelbagai menu lain yang terdapat di sini. Jangan risau kerana restoran ini menyediakan sehingga 100 lebih jenis pilihan makanan serta minuman buat para Pelanggan. Sudah tentu ada menu yang pasti menjadi pilihan anda.





[Suasana Restoran] Sebaik Cheq Sempoi  dan suami melangkah masuk, sekeliling restoran dihiasi dengan langsir putih bersih berjurai beralun lembut ditiup angin malam suasana sangat romantik pulak. Di tambah dengan lampu berwarna warni lagi menyerikan seluruh restoran. Terdapat sebuah buaian kayu yang cantik terukir boleh la utk anak-anak bermain sementara ibu bapa menjamu selera. Boleh Cheq Sempoi rumuskan konsep yang cuba owner restoran sampai kan adalah konsep bertemakan suasana kampung. ๐Ÿ˜


MASA OPERASI DAN TEMPAT LOKASI RESTORAN SISIK IKAN BAKAR

Restoran ini bukan sahaja menyediakan menu makan tengahari, namun anda boleh juga menjamu selera di sini pada sebelah petang hingga ke malam. Menu bagi steamboat Dan bakar-bakar bermula pada jam 4.00 petang sehingga jam 10.00 malam.

Kedudukan lokasi restoran sangat menarik yang terletak di hadapan Blok A GM KLang membuatkan ia sering menjadi tumpuan para pelanggan yang datang ke GM Klang. Sudah pasti setelah anda penat membeli belah di GM Klang, perut juga pasti terasa lapar.


Cheq Sempoi Bersama Owner Restoran yang sangat peramah dan mesra pelanggan
Jangan lupa singgah dahulu ke Restoran Sisik  Ikan Bakar untuk menjamu selera sebelum pulang ke rumah supaya perjalanan pulang anda nanti berjalan lancar tanpa perlu tercari-cari tempat makan yang lain. 

Alamat : 
Restoran Sisik Ikan Bakar, 
No 32, Jalan Kasuarina 1/KS, 
Bandar Botanic Klang
( Depan GM Klang )
Untuk tempahan dan pertanyaan :
019-2263004 / 016-2240474

Atau :
Boleh layari sosial media Restoran Sisik

You May Also Like

2 PEMBERI ULASAN

  1. Terbaik la Restoran Sisik ni, semua menu sedap ๐Ÿ‘

    BalasPadam
  2. nampak menyelerakan tu. tak jauh dari rumah mak mertua lisa ni.

    BalasPadam